Ahad, 1 Mei 2011

Kejadian 28082010

                                          kejadian yang sangat mengerikan..berhati0hatilah di jalan raya...
                                          jem yang agak panjang disebabkan kemalangan ini...

Begitulah hakikatnya jalan raya di Malaysia..Rakyat kita memang banyak menghabiskan masa berada di jalan raya untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain..Pertambahan kereta di jalan raya yang semakin banyak dari semasa ke semasa menyebabkan jalan raya menjadi sesak..Kemalangan juga mudah berlaku

Terdapat berbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan...Kecuaian pemandu, keadaan jalan raya, dan juga kaitan dengan alam mistik dikatakan antara punca yang Famous yang seringkali dikaitkan dengan kemalangan jalan raya..

Sebagai seorang pengguna kita haruslah menjadi seorang yang sangat berhemah, bersopan santun dan berbudi bahasa termasuk ketika berada di jalan raya juga..Kemalangan yang menyebabkan kematian umpamanya boleh merugikan negara..Negara kita seringkali terselamat daripada ancaman gunung berapi, gempa bumi dll..Akan tetapi, rakyat kita seringkali diuji dengan kemalangan jalan raya yang kebiasaannya melibatkan kematian..Inilah yang sangat menyedihkan dan sangat merugikan negara kita..

Ramai ahli keluarga kita, sanak saudara, sahabat serta taulan kita yang saya percaya ada di antaranya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..Kemalangan jalan raya telah menjadi suatu cabaran besar kepada kita semua..Saya yakin dan percaya pokok pangkalnya kita harus menanam sikap berhemah di jalan raya...

Pandulah dengan cermat, ingatlah nyawa orang yang tersayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan