Selasa, 19 April 2011

kenangan April 2007 segar di ingatan

                                          walaupun sudah tertera Awas, Kawasan Bahaya!
                                          tetapi tiada siapa hiraukan
                                          kawasan yang hampir meragut 5 nyawa sekaligus (termasuk aku)

tanggal April 2007 yang lalu kami telah melawat ke beberapa negeri di pantai timur. Lawatan ini merupakan aktiviti kelas aku time study dulu keh3x..Semasa lawatan terbabit pengisiannya termasuklah berkelah di kawasan air terjun Lata Tembakah di Jertih...

Sampailah masa untuk mandi-manda.. Bagai orang mengantuk disorong bantal, aku dan rakanku lebih kurang 12 orang terus bersuka ria tanpa menyedari tempat ni yang kami mandi ni adalah lubuh yang telah banyak menelan mangsa sebelum ini.


Sehingga suatu ketika pada mulanya 3 orang termasuk aku telah hampir lemas dimulai rakanku 2 orang seterusnya aku..Mujur aku pandai berenang, tapi malangnya rakanku 2 orang lagi tidak pandai berenang..Mujurlah ada pemuda ber T-shirt askar pandai menyelam dan menyelamatkan 2 orang di dasar lubuk tersebut...Seorang rakanku telah kebiruan dan berjaya diselamatkan berkat seorang rakan sekelasku pandai buat kiss mulut eh ape tu CPR kan (pernafasan mulut ke mulut)...

Begitulah kehidupan kita..Malang sememangnya tidak berbau..saat rakanku mula timbul adalah apabila seorang rakan yang berada di atas batu yang tinggi tu melaungkan azan..Beliau mendakwa melihat 2 orang rakanku yang lemas tersebut seperti ditarik oleh pusaran ke bawah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan